SHAH ALAM: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dikategorikan sebagai pesakit mental kerana pengkelasan penyakit antarabangsa tidak mengiktiraf perkara itu.
Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, Persatuan Psikologi Amerika (APA) melalui Manual Diagnostik dan Statistik Penyakit Mental ke-5 (DSM-5) juga tidak mengiktiraf golongan itu sebagai pesakit mental.
Bagaimanapun katanya, tidak dinafikan kebanyakan daripada kumpulan itu yang mendapatkan rawatan psikologi sememangnya mempunyai isu kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan dan sebagainya disebabkan masalah penerimaan keluarga, masyarakat dan di tempat kerja.
“Sebelum kita kategorikan seseorang ini mempunyai penyakit, perlu buat diagnosis terlebih dahulu kerana kita tidak boleh terus klasifikasikan mereka tanpa melakukan sebarang saringan.
“Kita tidak boleh kategorikan mereka (golongan LGBT) mempunyai sakit mental tetapi misalnya kita ada data untuk buat saringan kesihatan mental dan lihat ada ciri-ciri, maka kita boleh lakukan DSM-5 untuk membolehkan mereka itu diletak dalam kategori mana.
“Jika kita letak LGBT ini sebagai pesakit mental, maksudnya kita telah melabel mereka (dengan persepsi negatif) tetapi dalam masa sama kita juga akur bahawa Malaysia mengamalkan konsep Islam dan sebenarnya agama-agama lain sekali pun tidak terima LGBT dalam masyarakat mereka,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat pada Selasa yang meminta supaya kerajaan menggolongkan LGBT sebagai pesakit mental.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, umat Islam diingatkan agar menghindari perilaku songsang tersebut kerana ia perbuatan mungkar dan dilaknati Allah.
“Kita sedia maklum hukum Islam melarang keras perbuatan keji ini kerana ia termasuk kategori penzinaan, apatah lagi dengan amalan songsang sebegini.
“Jadi, kita harap mana-mana umat Islam yang terjebak dengan perbuatan ini (LGBT) supaya kembali semua kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cadangan supaya golongan berkenaan dikategorikan sebagai pesakit mental, Mohamad Shukri meminta supaya isu tersebut dibangkitkan kepada pihak yang selayaknya membuat ketetapan.
“Istilah ni sepatutnya kita dapatkan pandangan atau rujukan pihak hospital kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengklasifikasikan seseorang itu tanpa ada rujukan yang betul,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 25 2023
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kumpulan itu yang mendapatkan rawatan psikologi sememangnya mempunyai isu kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan. - Gambar hiasan
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
PKR tak pernah jadi ahli Liberal International, tak setuju LGBT, Israel - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendirian kerajaan jelas, tidak terima LGBT - Mohd Na'im
Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.
Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT
Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.
LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.
JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama
JAWI telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.
GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah
Fahmi berkata beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter.
Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes
KKD berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di SIC, Sepang, Jumaat lepas.
Good Vibes Festival: Kerajaan cari solusi bantu artis, vendor tidak dibayar - Fahmi
MyCreative Ventures cari solusi terbaik bagi membantu artis tempatan dan vendor yang tidak mendapat bayaran susulan pembatalan Good Vibes Festival.